26 November 2009

Alpa...

Alpa,
Manusia sering alpa,
yang dilarang,
jadi ikutan,
yang disuruh,
lagi ditinggalkan.

Lalai,
Seringkali lalai dan terleka,
Fitrah yang mulia,
dicemari,
Wajah berseri,
dilubangkan dan diubah,
Rezeki ilahi,
disalahgunakan...

Kematian tiba,
terseksa jiwa,
Dek kealpaan...

_________________________________
Hasil karya Omega ZX

Putaran...

Berputar-putar,
kehidupan penuh putaran,
kekadang di atas dan di bawah.

Putaran,
membuat hidup bermakna,
tidak menjadi kosong semata-mata.

Putaran,
membuat sang kaya di bawah,
sang miskin terbang ke langit...

Putaran,
Hidup ini,
sering membuat,
insan tertanya-tanya...

Putaran,
ada yang alpa,
lalu tersungkur ke tanah,
kemudian putus asa...

__________________
hasil karya Omega



Saja2 nak tulis...
Dah takder idea....

25 November 2009

MTQ Hari tu...

Teringat waktu menyertai MTQ peringkat negeri Sarawak telah berlangsung pada 28 hingga 30 April 2009 di Sibu.



Gambar=


Kontijen berkumpul di PPD Bintulu pada 27 April sebelum bertolak ke Sibu.




Taklimat diberikan pada malam 27 April oleh ketua kontijen bahagian Bintulu mengenai perjalanan pertandingan Majlis Tilawah Quran pada keesokkan harinya.




Awang n Ramzie
Peserta Kuiz Agama dari SMK Bintulu membuat latihan di KFC pada malam 27 April. (mana ada kontijen lain yang buat mcm nih)

Peserta Syarahan Menengah dari SMK Kampung Baru Bintulu mula menunjukkan bakatnya pada keesokkan harinya.

Peserta Tilawah Rendah lelaki bertarannum dengan sepenuh jiwa...

Ustaz Rahim dan anaknnya...

Peserta Tilawah Perempuan (Rendah) dengan suaranya yang lunak...

Gelagat kontijen Bintulu...

Peserta Marhaban dari SMK Bintulu.

Peserta Kuiz dari SMK Bintulu

.


Suasana dalam bilik pertandingan sebelum bermula pertandingan kuiz.
Keputusan Ujian bertulis:-
1.Kuching 222 mata
2.Bintulu 200 mata
3.Sibu 191 mata
4.Miri 190 mata
Kuching, Bintulu, Sibu layak mengikuti peringkat akhir iaitu ujian lisan.

Pertandingan Akhir...
Keputusannya...
1. Kuching
2. Bintulu
3. Sibu

Tahun nih tak bernasib baik...tahun lepas dpt johan =(


Peserta berzanji dan marhaban dari SMK Bintulu...

Suasana dalam bas ketika perjalanan ke Surau Darul Jannah untuk mendengar ceramah Maulidurrasul peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia

Ustaz dari Sabah memberikan ceramah yang begitu menarik sekali...
Gambar majlis penutupan tidak ada sebab bateri dah habis...
Keputusannya...
bahagian Bintulu hanya mendapat satu hadiah sahaja iaitu
Naib Johan Kuiz Agama
Kami sempat singgah di Taman Jubli Perak di Sibu sebelum pulang ke Bintulu.

21 November 2009

Pepatah Arab

Teringat dulu belajar bhs arab...

Pepatah Arab

1. Man Jadda Wa Jada, wa Man Zara'a Hashoda
maksud
Siapa berusaha pasti berjaya dan sesiapa menanam pasti menuai.

2.Khairul kalam ma qalla wa dalla
maksud
Sebaik-baik perkataan adalah sedikit tetapi jelas.

3.Syifa'ul 'Ayyi as-su al
maksud
Penawar Kejahilan adalah bertanya

4.Al-A'klu ssalim fil jismi salim
maksud
Minda yang cerdas terdapat pada badan yang sihat

5.Al-Qiraatu miftahul 'ilm
maksud
Membaca kunci pengetahuan

6.Ridhallahi fi ridhail walidaini
maksud
Redha Allah terletak kepada keredhaan kedua ibu bapa.

7.Al-ittihadu Asasi An-Najah
maksud
Perpaduan Asas Kejayaan

8.Al-Waqtu kal-Saifi, in lam taqtha u'hu Qatha a'ka
maksud
Masa itu seperti pedang, sekiranya kamu tidak memotongnya, pasti ia akan memotong kamu

20 November 2009

Tanpa...

Tanpa,
tanpa ku sedari,
kau hadir dalam hidupku,
membawa seribu sinar,
maka maafkan daku,
atas kesilapanku.

Tanpa,
kemaafanmu,
tidak sempurnalah daku,
sungguhpun,
daku menyebabkan,
awan meratap,
matahari turut mengamuk,
langit turut terbelah,
lalu memacak sembilu di hatimu,

sudikah dikau?...
maafkan daku...
teman...
Align Centre
____________________________________

hasil karya Omega ZX

P/S - yea.. dah habis SPM...tapi baru minggu pertama...

12 November 2009

Tak Jadi... dan Muffin Coklat

Daging Blackpepper tak Jadi

Hari tu try masak daging black pepper tapi tak jadi...


Muffin Coklat

Mak buat ngan ustazah.
Aku pun tolong gak.
Tolong tengok jer...
He he he...

11 November 2009

Antivirus Norton


Bagus betul antivirus nih.
Jauh lebih bagus kalau dibandingkan dgn AVG, Trend Micro, dll antivirus yang berstatus "Freeware".

Aku jumpa trial 90 days.

"Of course"la antivirus nih berbayar.

Antivirus ni boleh dikatakan setaraf dgn Panda dan Kaspersky.

Pro (setakat yg aku tahu ler...)-
1. Memory consumption low
2. Protect and give warning about harmful links.

Kontra-
1. (aku tak pernah jumpa apa keburukan dier-setakat ni la)

Download link:
Norton Internet Security 2009

P/S: aku tak pernah recommend antivirus sampai aku guna antivirus tersebut.