Suka Blog Nih?

19 August 2011

Cinta 24/7 by Max 24/7, daebakk!!


Lepas korang tengok, ader rasa cam nih tak?

ohoho~!
Lawak kan?

Review nih aq akan pastikan lain dari yang lain (walaupun agak sama dgn yg lain sebenarnya...)..
Kalo korang dengar lagu nih mesti korang akan terfikir ; apa nih? atau HUH?
Pas tuh muka korang  secara tak sengaja akan menjadi begini!

Aq tahu sebenarnya ramai dah tgk video nih, dkt 50k++ view dah skrang.











Secara keseluruhan rating yang aq boleh bagi ialah 2/10

OVERALL RATING 2/10
rating nih takder kaitan ngan rating yang dipuratakan drpd rating di bwh... rating ini berdasarkan first impression!!

Muzik 5/10
No comment, sebab aq kurang tahu menahu pasal muzik nih. Yang aq tahu muzik nih dicipta utk mengikut lirik. Sebenarnya lagu yang menarik bergantung kepada lirik dan suara... Muzik agak best... tapi penyanyi cam haram..

Lirik 1/10
Aaah! nih macam haram! WTF, ader sebut pasal hari isnin, selasa dan bagai..

Hari Isnin, ku tahu namamu
Hari Selasa ku kenal dirimu
Hari Rabu ku mendekatimu
Hari Khamis ku merindu kamu
Hari Jumaat mendoakan kamu
Hari Sabtu mencintai kamu
Hari Ahad ku keluar denganmu
Dua puluh empat tujuh hanya untuk kamu


Pelik tak?
Cuba byangkan kalo situasi nih berulang setiap minggu... Maksudnya setiap minggu ar diorang dpt awek baru. HAHAHA, setia lah sangat kalo mcam tu...Dah la lirik mcam lagu Rebecca Black jer yang mendapat kecaman hampir kebanyakan manusia. Asal yang lirik dia jadi camnih?

Kat bawah nih contoh lirik...


Friday- Rebecca Black
Yesterday was Thursday, Thursday
Today i-is Friday, Friday (Partyin’)
We-we-we so excited
We so excited
We gonna have a ball today

Tomorrow is Saturday
And Sunday comes after...wards
I don’t want this weekend to end



Lirik lagu sebegini kurang membina..


Rebecca Black : Friday

Suara 5/10
suara biasa jer... macam orang awam. Kalo suara penyanyi aq bagi rating 8/10, dan kalo suara buruk gila aq bagi rating 3/10 (suara cam itik). Suara takder lah best sangat. Suara yang dielectrokan agak kurang menarik... dan suara rap, takkan takder suara yang best lagi...

Koreografi 3/10
ARGH! Serabut giler, koreografi terlampau banyak dan rumit sehingga menampakkan seolah2 macam tak balance, hanya beberapa orang ke hadapan dan menyanyi... yang lain seolah-olah macam backup singer..

Rupa ??/10
Nih aq no comment, tak leh nak kutuk muka diorang hodoh ker hensem sebab Allah dah ciptakan muka diorang macam tuh... Kita tak boleh menghina ciptaan Allah, krn Allah Maha Sempurna yang mencipta kita..

Fesyen ??/10
NO comment... sebab aq nih jenis orang yang takder sense of fashion! Okay! sebab diorang takder dedah badan diorang...

Muzik Video 2/10
Asal ader tunjuk perempuan bertudung yang tergedik2 nak berebut NAKKAN sangat max 247. Kalo korang nak buat muzik video macam tuh, PLEASE jgn babitkan perempuan yang pakai tudung sebab boleh menjatuh kan maruah ISLAM... dan yang bertudung tuh pulak perangai tergedik2 sangat mcam sakit jiwa!






Lagi satu yang aq tak puas hati asal sebab kurang sense of Originality... yang aq tak tahan sekali asal Aesar Mustafa menyanyi sekali... macam dia pun nak populariti sekali...(mungkin sbb dia tak cukup popular)...tapi.. bila fikir balik... sebenarnya dia yang paling popular... mungkin terpaksa buat begitu sebab nak mempopularkan penyanyi dia kot!
Kalo sekadar camnih takper... ni pada awal2 video.. tyme nih dia
tak nyanyi sekali...

Ni ha! MULUT dia gerak sekali... aq rasa pas nih tajuk dia 
boleh tambah feat. Aesar lah kot... sebab dia nyanyi skali...

Ha! dia nyanyi lagi sekali sebab mulut dia gerak! Hot giler 
abg Aesar kita! Diapit awek2 cun kot!!


Finally, memandangkan diorang dah debut, kita boleh harapkan yang terbaik sahaja. Harap2 dengan kritikan ini diorang dapat mengeluarkan lagu yang lebih baik...

tak! aq tak menjadi seorang yang sarkastik disini!

Penyanyi kalo takder anti-fans macam aq, takkan maju sampai bila2. Dan popular seseorang artis bergantung kepada jumlah anti-fans.-anonymous (artis Korea)
Apapun minta maaf buat yang terasa!

17 August 2011

#2 Wordless Wednesday... lol!

Tekan read more!

11 August 2011

Iklan Kia yang Cool Habes...

Iklan nih takder ar baru sangat... tapi saya baru terjumpa..

Iklan nih agak kreatif!! Diorang menghasilkan animasi dengan melukis di atas kuku palsu...

Teknik ini merupakan yang pertama di dunia...

World's First Nail Art Animation



Fakta yang gempak untuk menghasikan animasi nih...

1200 botol perwarna/pengilat kuku;


25 hari (siang dan malam);  NI SANGATLAH GEMPAK!!


2 jam; bagi melukis di atas setiap kuku;


900 keping kuku palsu;

Saksikan video di bawah!




Disebabkan terlampau banyak persaingan di Amerika; pelbagai teknik pengiklanan yang pelik telah digunakan...

Apapun saya tak kisah, asalkan best.... HIDUP BIAR ENJOY!! (asalkan tak melanggar batas syariat tau!)

10 August 2011

Repost : Kuat

Inilah karya saya yang pertama yang saya pamerkan dalam blog ini atau lebih tepat lagi dalam internet.. Komik  ini dilukis pada tahun 2007; yakni semasa saya sedang menuntut di SMK Bintulu...

Tapi tak taulah kenapa skarang dah kurang idea untuk melukis.... Idea dah menjadi tandus.

Komik nih saya lukis smasa cikgu tgh mengajar dalam kelas, bosan, jadi lukis saya pun mula lukis komik nih...

Ironinya komik Islamik nih saya dapat idea dan mula melukis didalam kelas Pendidikan Islam semasa Ustazah mengajar di hadapan...

Komik ini ada dua muka surat...

CTRL+klik pada gambar untuk membesarkan gambar...

Pakej Maut Bazar Ramadhan; Seorang Kanak-Kanak Meninggal Dunia

Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selasa.
Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi pada Selasa dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.
Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.
Mohamad Ali berkata jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.
 –  sumber BERNAMA (disunting balik oleh saya!!) -
Gambar Hiasan

Saya agak kemungkinan arwah meninggal akibat keracunan makanan. Jadi, pastikan anda membeli makanan yang bersih dari bazar Ramadhan..
Perhatikan suasana kedai tersebut, jangan main beli jer sebab ramai orang beli atau kerana kempunan. Ingat bukan satu kedai je jual makanan sama... Pastikan kebersihan gerai.
Kalau rasa sakit perut, atau demam terus jer gi hospital jangan tangguh2.. sebab keracunan makanan boleh membawa maut...
Mari kita sampaikan doa' buat arwah agar dicucuri rahmat Yang Maha Esa. Meninggal di bulan Ramadhan merupakan satu nikmat.