Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.
Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selasa.
Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi pada Selasa dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.
Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.
Mohamad Ali berkata jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.
– sumber BERNAMA (disunting balik oleh saya!!) -
Gambar Hiasan |
Saya agak kemungkinan arwah meninggal akibat keracunan makanan. Jadi, pastikan anda membeli makanan yang bersih dari bazar Ramadhan..
Perhatikan suasana kedai tersebut, jangan main beli jer sebab ramai orang beli atau kerana kempunan. Ingat bukan satu kedai je jual makanan sama... Pastikan kebersihan gerai.
Kalau rasa sakit perut, atau demam terus jer gi hospital jangan tangguh2.. sebab keracunan makanan boleh membawa maut...
Mari kita sampaikan doa' buat arwah agar dicucuri rahmat Yang Maha Esa. Meninggal di bulan Ramadhan merupakan satu nikmat.
1 comment:
kesian tol.. cuak gak nak bli otak2 pasni
Post a Comment