Showing posts with label Original. Show all posts
Showing posts with label Original. Show all posts

10 August 2011

Repost : Kuat

Inilah karya saya yang pertama yang saya pamerkan dalam blog ini atau lebih tepat lagi dalam internet.. Komik  ini dilukis pada tahun 2007; yakni semasa saya sedang menuntut di SMK Bintulu...

Tapi tak taulah kenapa skarang dah kurang idea untuk melukis.... Idea dah menjadi tandus.

Komik nih saya lukis smasa cikgu tgh mengajar dalam kelas, bosan, jadi lukis saya pun mula lukis komik nih...

Ironinya komik Islamik nih saya dapat idea dan mula melukis didalam kelas Pendidikan Islam semasa Ustazah mengajar di hadapan...

Komik ini ada dua muka surat...

CTRL+klik pada gambar untuk membesarkan gambar...

26 May 2011

Jogging Kali Pertama...

Saya nih mmg pemalas... minggu lepas, pada hari Sabtu, saya pergi berjogging dengan keluarga saya buat kali pertama pada tahun nih... Kami berjogging dari rumah kami di seksyen 3 hingga ke Taman Tasik Cempaka yang terletak berhampiran dengan Kompleks PKNS yang terletak berhampiran~ Jarak perjalanan hampir 5 km.. sangat best apabila kita beriadah bersama keluarga!

Ni antara gambar yang disnap pada hari tersebut....

Berhampiran pintu pagar belakang Taman Tasik Cempaka

Sama sperti gambar di atas

Setelah memasuki pagar...

Bola golf yang saya kutip di tepi kelab golf yg saya ternampak
semasa sedang berjogging

pemandangan di Taman Tasik Cempaka

Ibu dan Adik bongsu saya (gambar agak gelap sebab
angle tak kena dan melawan chy matahari)

19 April 2011

Mengarut di pagi hari...Zaki

Zaki dan Amin (munkin versi baru) ~Sori kualiti buruk sbb tak
decide lgi...ni hanya draft...


     Tetiba hari ni rase nk melukis , memandangkan  peep dgn pak jem the series agak berjaya... Aq pun terfikir gak, cam ner kalo aq pun meneruskan siri lama aq yg aq tanggunhkan status nyer... yakni siri zaki & amin; mungkin dgn lukisan yg lebih kemas dan tersusun , dan mungkin lebih panjang berbanding 3 kolum comic strip jer... Mungkin boleh advance kan ke satu atau dua muka surat komik...tpi aq tak tau mana yg lebih bagus; lukisan advance ke simple....cam begini...kalo dh ader result nanti aq pos skali ngan komik nye....


Zaki (versi lama)

19 December 2010

Hari pertama ku rasakan kehadiran langit yang begitu membiru... Cahaya mentari yang begitu terang terasa amat mendamaikan...Kehadiran itu amat mempersonakan...seolah-olah hanya cukup dgn langit itu...Namun begitu... setelah sekian lama baru ku sedari apabila ribut tiba kedamaian yang dirasakan hanya sementara...

4 December 2009

Tanda2 Munafik

Tanda2 Munafik ada 4
Jauhilah sikap ini agar terhindar daripada sifat2 munafik

26 November 2009

Alpa...

Alpa,
Manusia sering alpa,
yang dilarang,
jadi ikutan,
yang disuruh,
lagi ditinggalkan.

Lalai,
Seringkali lalai dan terleka,
Fitrah yang mulia,
dicemari,
Wajah berseri,
dilubangkan dan diubah,
Rezeki ilahi,
disalahgunakan...

Kematian tiba,
terseksa jiwa,
Dek kealpaan...

_________________________________
Hasil karya Omega ZX

Putaran...

Berputar-putar,
kehidupan penuh putaran,
kekadang di atas dan di bawah.

Putaran,
membuat hidup bermakna,
tidak menjadi kosong semata-mata.

Putaran,
membuat sang kaya di bawah,
sang miskin terbang ke langit...

Putaran,
Hidup ini,
sering membuat,
insan tertanya-tanya...

Putaran,
ada yang alpa,
lalu tersungkur ke tanah,
kemudian putus asa...

__________________
hasil karya Omega



Saja2 nak tulis...
Dah takder idea....

20 November 2009

Tanpa...

Tanpa,
tanpa ku sedari,
kau hadir dalam hidupku,
membawa seribu sinar,
maka maafkan daku,
atas kesilapanku.

Tanpa,
kemaafanmu,
tidak sempurnalah daku,
sungguhpun,
daku menyebabkan,
awan meratap,
matahari turut mengamuk,
langit turut terbelah,
lalu memacak sembilu di hatimu,

sudikah dikau?...
maafkan daku...
teman...
Align Centre
____________________________________

hasil karya Omega ZX

P/S - yea.. dah habis SPM...tapi baru minggu pertama...

13 October 2009

Ilusi atau Realiti


Hidup di dunia
persis pengembara
melalui jalan luka
penuh duri dan bara.

Jangan terpedaya
haruman mewangi penuh tipu daya,
realiti di sangka
tetapi ramai tak menyangka
merupakan ilusi semata-mata.

dan neraka menarik,
jutaan yang kaya
atau miskin dan papa,
yang terpengaruh semata-mata,
dengan benda yang tiada,
kononnya menjamin bahagia.

Destinasi di sana
jauh ribuan batu,
dikhabarkan penuh nikmat,
sedikit sahaja yang dekat
menyangka ianya dongeng,
itulah akibat.

Untuk mencapai destinasi
yang merupakan realiti
yang kedengaran seperti ilusi,
bagi yang mengerti,
bagi yang mengharungi duri,
bagi yang mentaati,
bantuan pasti diberi
oleh Ilahi.

Dengan bantuan Ilahi,
godaan diberi,
termasuk godaan syaitan yang dibenci,
melalui ilusi yang diberi,
untuk memesong realiti,
dapat ditangkisi.

Maka yang melawan ilusi
dapat merasai,
nikmat tak terperi,
tika tiba di destinasi,
Dalam syurga abadi...

~Karya Asli Zx~

ISKOMIK

7 July 2009

Soalan paling susah....

Walaupun soalannya semua kita dah tahu....(bacaan talqinlah...)
tapi yang menentukan sama ada kita dapat menjawab atau tidak soalan munkar dan nakir ialah amalan kita semasa hidup di dunia.

25 April 2009

7 April 2009

Kuat

Marilah berusaha untuk menahan marah kita..