Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

11 August 2011

Iklan Kia yang Cool Habes...

Iklan nih takder ar baru sangat... tapi saya baru terjumpa..

Iklan nih agak kreatif!! Diorang menghasilkan animasi dengan melukis di atas kuku palsu...

Teknik ini merupakan yang pertama di dunia...

World's First Nail Art Animation



Fakta yang gempak untuk menghasikan animasi nih...

1200 botol perwarna/pengilat kuku;


25 hari (siang dan malam);  NI SANGATLAH GEMPAK!!


2 jam; bagi melukis di atas setiap kuku;


900 keping kuku palsu;

Saksikan video di bawah!




Disebabkan terlampau banyak persaingan di Amerika; pelbagai teknik pengiklanan yang pelik telah digunakan...

Apapun saya tak kisah, asalkan best.... HIDUP BIAR ENJOY!! (asalkan tak melanggar batas syariat tau!)

10 August 2011

Pakej Maut Bazar Ramadhan; Seorang Kanak-Kanak Meninggal Dunia

Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.

Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.
“Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Selasa.
Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi pada Selasa dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.
Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.
Beliau berkata sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.
Mohamad Ali berkata jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.
 –  sumber BERNAMA (disunting balik oleh saya!!) -
Gambar Hiasan

Saya agak kemungkinan arwah meninggal akibat keracunan makanan. Jadi, pastikan anda membeli makanan yang bersih dari bazar Ramadhan..
Perhatikan suasana kedai tersebut, jangan main beli jer sebab ramai orang beli atau kerana kempunan. Ingat bukan satu kedai je jual makanan sama... Pastikan kebersihan gerai.
Kalau rasa sakit perut, atau demam terus jer gi hospital jangan tangguh2.. sebab keracunan makanan boleh membawa maut...
Mari kita sampaikan doa' buat arwah agar dicucuri rahmat Yang Maha Esa. Meninggal di bulan Ramadhan merupakan satu nikmat. 

17 June 2011

Karangan Budak Darjah 4

Skarang tgh buka komputer lama... Setelah membelek2 fail2 yang tersimpan hingga berdebu selama bertahun-tahun... aq terjumpa satu karangan lawak yang macam lol...

maka aq pun tekan lah karangan budak darjah 4.doc


satu benda jer... karangan nih memang lawak...

korang baca dan nilailah sendiri sendiri..

(Kesahihan karangan ini tak dijamin langsung)

rasanya benda nih dah tersebar zaman dahulu-kala, jadi tak hairanlah kalau korang dah familiar ngan karangan ni...

###############################


kARANGAN bUDAK dARJAH 4


Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “adoi!”.

 Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.

Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah.

 Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” Dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.

 Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati. Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.

 Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

15 June 2011

GEMPAR~ Anonymous nak Hack Malaysia~ , Tindakan Kerajaan


Apa yang sedang berlaku? Hacker luar negara? nak hack website Malaysia~ siap buat interview lagi..


apapun kejadian akan berlaku pada masa terdekat~

harapkan kita punya Cyber Security aka SKMM dpt mengatasi masalah ini~

Kalo tak faham English~ boleh guna google TRANSLATE~ 


Interview with Anonymous Hackers, Malaysia Next Target

The logo of digital activist organization Anonymous Operations.(Courtesy of Anonymous Operations)
The “hacktivist” group, Anonymous, posted a mission statement to Pastebin on June 12 describing the reasoning behind their planned and upcoming attack on official Malaysian government websites. Anonymous warned, “We fear that if you make further decisions to take away human freedom, we [will be] obligated to act fast and have no mercy.”

Anonymous claims that Malaysia is preventing the free distribution of information by censoring its internet
, calling it “one of the world’s strictest governments,” similar to the reasoning behind their recent attacks on Turkish government websites, after which 32 people—who the Turkish government claimed were members of Anonymous—were arrested.

Sources within Anonymous revealed several details in an exclusive interview with the Epoch Times on the upcoming action, organization, and target selection process of the group.

Anonymous revealed that target countries are selected based on input from users in those countries, however when asked whether or not there were Anonymous in Malaysia, they responded only that “[We] cannot give you that info.”

They further revealed that certain countries, however notorious for internet censorship, like China, are incredibly difficult to attack because they do not have many users who are based in the country and therefore do not have effective inside sources to relay information. The group says an attack on China might come someday, but not any time soon.

Sources within Anonymous went on to say they understand that the Malaysian government will “not be happy” and are anticipating a negative reaction. In order to remain covert and prepare for the operation, Anonymous have been advising all of their participants to use Virtual Private Networks (VPNs) in order to encrypt their network connections and transfer their data from remote locations that cannot be accessed without authentication.

The sources say that users who have been arrested before failed to use VPNs or other security measures to protect their identities. Anonymous does respond when their members are detained however.

The group retaliated against Spain on Friday for arresting three of its members by taking down the Spanish official police website—the effort being known as OpPolicia—for “a combined total of a lot more than an hour”, contrary to what some news sources reported.

The sources said that even now, “OpTurkey”, the continuation of efforts against the Turkish government in response to the arrests made in Turkey, was underway. One member said, “I cannot speak for the future of the operation, but currently [the site that is targeted] has been down for 1 hour already and it seems more popular than OpPolicia, and it looks like the target’s server is crap, so it might stay down for some time.”

They revealed that they fear “being backtracked” and do worry about getting caught, however they feel safer knowing that “there is a liberating faith” in the nature of Anonymous. One member stated “It’s what makes it fun though.”

The nature of Anonymous is most accurately described in their name. They view themselves as less of a real group and more of a collective of voices who speak out and protest against censorship and what they believe are efforts to suppress the freedom of speech and information. The composition of their membership may vary from day to day and anyone can be a part of anonymous at any time without any real or permanent stake.

When asked if they had a large user base in the Middle East, they responded, “[our] groups aren’t groups, they’re scattered everywhere. We don’t even know.”

The sources also stated that they have had interaction with another hacker group which has been making headlines, LulzSec. However, they stated that they have not been involved with any of LulzSec’s activities nor has LulzSec been involved with Anonymous operations. 
They did state that in a sense, LulzSec are also “Anons” because they share a similar root. “They are Anons,” however, “LulzSec has nothing to do with Anonymous, apart that they sprang of the same base.”
Anonymous continues to affirm that “we’re trying to loosen the ties on Malaysia’s government and itsinternet censorship.” 
According to purported Anonymous images circulating around the web, the attack on Malaysia is to commence on June 15th.


Link~http://www.theepochtimes.com/n2/technology/interview-with-anonymous-hackers-malaysia-next-target-57622.html



###############################

Tindakan kerajaan~ dan press statement~


Malas nak terang bebanyak~ teruskan membaca 



Rais: Pengodam salah faham niat baik k'jaan

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim melahirkan rasa kekecewaannya apabila tindakan kerajaan membanteras jenyah siber menerima reaksi negatif.

NONEMengulas ancaman sesetengah pihak untuk mengodam laman web kerajaan berikutan tindakan kerajaan menyekat 10 laman web perkongsian fail, Rais berkata pengodam menjadikan pihak yang salah sebagai sasaran mereka.

"Mereka salah faham niat baik kita. Tidak ada penapisan siber di Malaysia kecuali jika sesuatu jenayah dilakukan,” katanya.

Ahad lalu sekumpulan pengodam memberi amaran akan menyerang laman kerajaan bermula hari ini sebagai reaksi kepada penyekatan laman-laman berkenaan.
Rais berkata kumpulan luar negara yang dikenali "Anonymous" yang mahu menggodam laman web www.malaysia.gov.my, itu adalah sesuatu yang tidak dijangka tetapi ancaman serupa pernah dibuat sebelum ini.

"Kita telah memberitahu perkara ini kepada pihak-pihak berwajib, dan kita telah mengambil tindakan pencegahan yang perlu menerusi Mampu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta agensi-agensi yang bertanggungjawab mengenai keselamatan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sidang Kemuncak Penulis Blog dan Media Sosial Sedunia 2011 di Kuala Lumpur hari ini.

Rais berkata kerajaan juga sedang bersiap sedia menghadapi kemungkinan berlaku serangan.

Link~(tak ingat~ cari kat MalaysiaKini)

###################


Apa pandangan korang~?


Kita nantikan sapa lagi hebat~ SKMM atau Anonymous!

27 May 2011

Sekeliling CFS buat yang tak sabar2~

Gambar2 di sini bukan lah gambar yang terkini tetapi gambar yang di kumpul sejak tinggal di CFS sejak setahun lepas...rasanya tiada apa yang berbeza disebabkan tiada renovation yang berlaku di CFS...

All the best to my fellow friends...

Kalau sesiapa yang tidak memilih UIA, kamu semua boleh tengok gambar di bawah supaya korang mendapat sedikit sebanyak mengenai gambaran Pusat Asasi UIAM...Tolong doakan saya agar saya mendapat kos yang saya ingini di Gombak nanti. Doakan agar dipermudahkan tau!

Post yang berkaitan dengan CFS...


Penat yang 'enjoyABLE'


Hari2 Terakhir di CFS! (ft roomate)







Selamat Datang ke CFS IIUM..buat pelajar2 baru

Pemandangan di hadapan Mahallah Umar Al-Khattab(berwarna biru dan kuning) dan Mahallah Khadijah (berwarna coklat dan putih) pada waktu siang dan malam...Di hadapan Mahallah Umar akan berlaku 'event' pendaftaran buat pelajar lelaki pada 29/5 dan 30/5 buat kos2 selain kejuruteraan..

Al-Malik Faisal Hall ~ tempat dimana 'event' registration akan berlaku... Besok, 28/5 pelajar lelaki dan perempuan bagi kos asasi kejuruteraan akan mendaftar disini...


Banner Taaruf Week bagi 'batch' kitaorang 2010/2011, banner baru untuk batch pelajar baru tak silap telah dinaikkan..


Jalan Besar utama di CFS... bangunan di hujung ialah Masjid Kolej Islam Malaya


Landskap yang terdapat di tengah2 bangunan department (kalo tak silap..)


 Gambar Mahallah Aisyah pada waktu malam..Kelihatan agak menyeramkan padahal tidak.. Dikatakan berhantu padahal tidak (kot?). Di tengah Mahallah terdapat court badminton..



Moto CFS IIUM, triple ICE...(takder kaitan dgn moto yg di parking ye...)



Masjid Kolej Islam Malaya

gambar close up Masjid + kepala Syakir


Gambar dewan AMF daripada Mahallah Abu Bakar

Gambar Mahallah Abu Bakar (tempat saya tinggal selama setahun berada di sini)

Tangga yg menuju ke Mahallah Zainab, asrama perempuan...


Suasana di Library CFS bersama Zuhdi dan Abang Kacak...


Usamah yang Hot sedang belajar dgn serius... Blog dia sangat market....(klik sini)

Zuhdi dan Paan belajar dgn tekun!

25 May 2011

World War 2 (in a nutshell)

Lol~ this is quite funny...

This is called creative learning...(maybe better than mindmapping..)









Credit : thanks to Awang Ilyas for sharing this on FB...

Penat yang 'enjoyABLE'

Dah lama aq tak rse penat cam nih....



Rupa2nya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja ta'aruf program nih agak memenatkan tetapi sangat menyeronokkan, dapat pengalaman baru dan rakan baru yang agak sporting....(contoh : kunyit)

Alhamdulillah, orang atasan amat sporting terutama PM, bro. Syahmi aka Kuntum, Head Preparation & Technical Committee,bro. Jabir.

Penat dari segi mental, dan hari yang bakal menyusul (mungkin) amat memerlukan kudrat fizikal...Tapi, kita dapat meng'hipnosis' diri kita dgn menetapkan pemikiran kita bahawa 'WE LOVE OUR JOB", bak kata bro Syahmi dan melakukan kerja kita dgn cara yg lebih menggembirakan untuk mengurangkan tekanan kerja seperti bro. Jabir cuba terapkan. Konsep yang sama boleh diaplikasikan pada pembelajaran...



TAPI....


Kalau dari awal kita telah menetapkan bahawa sesuatu didalam minda kita atau 'mindsetting' kita bahawa sesuatu benda itu susah, maka benda atau perkara tersebut akan menjadi berganda2 susah. Contoh, kalau kita telah menetapkan 'mindset' kita bahawa Add Math atau Calculus itu susah, kita akan jadi demotivated... Sememangnya Calculus itu susah, tidak dinafikan, tetapi kalau kita sering memberitahu diri kita bahawa ianya senang, lama-kelamaan, ianya akan jadi senang. Senang disini bukan soalan exam tetiba jadi senang sebab positive thinking akan mendorong kita untuk membuat latihan calculus dgan lebih banyak... Latihan yang banyak akan memudahkan kita untuk menjawab exam...Maka~nya...soalan exam akan jadi lebih mudah untuk dijawab..



Jadi, jangan 'set your mind with negative thinking' sebab hasil sesuatu pekerjaan atau perkara berhasil bermula daripada pemikiran kita, diikuti dengan perlaksanaan..... Berwasapada itu tidak mengapa, jangan jadi terlalu over-confident...

Ni kali kedua aku merasa agak penat 'mentally'... kali kedua waktu menyiapkan task programming yang terakhir yg menghadapi sedikit masalah teknikal pada masa2 terakhir... (Tiada kaitan ngan gambar...)

Ramai2 makan maggi waktu nak siapkan lab report chemistry 2
agak melecehkan...

P/S : terlupa nak update blog sebab saya malas~

9 May 2011

Mula2 Masuk CFS..(part 2)~~lagu CFSiium

Sambungan dari post pertama.

Mula2 Masuk CFS...




Aq teringat satu benda best time Taaruf Week hari tu...(tahun lepas). CFS nih ader lagu diorang tersendiri. Yang tak leh bla skali, kteorang budak lelaki engineering kena marah ngan seorang sister yg juga merupakan Taaruf Comittee dan dah tentunya senior, sebab tak menyanyi dengan penuh semangat...Antara benda yg aq ingat dia cakap dkat dewan masa rehearsal ialah


"...Korang nih apasal tak menyanyi lagu nih (CFS) dgn penuh semangat,
korang hanya perlu menyanyi lagu nih time ni jer..."

Pas tuh aq tak pasti dia cakap aper, ingatan aq samar2 sebab aq tak tulis diari...hahaha...

Buat budak2 yg bakal masuk CFS, kalau boleh, sila hafal lagu nih sebelum korang kena sound macam kitaorang kena dlu...


Kalau korang nk tau lebih lanjut mengenai CFS dan persekitaran untuk outing dan macam mane nak guna wifi kat CFS secara haram boleh bukak page nih... http://thekallerkunyit.blogspot.com/2011/05/welcome-to-iium.html






Lirk Lagu CFS IIUM 

Let us come along and get together,

affirm our faith in God and His Messenger,

Light the flame of love in Him, warm and brighter,

hold the rope, and trust in Him forever,


Divided we'll fall, united we stand,

Unity bears the fruit of unification,

Triple ICE is ever our mission,

Excellence in all we do is our vision,


We are the torchbearers for the Ummah,

Guided by Quran and Sunnah,

Foundation Centre of IIUM,

The Gate of Garden Knowledge and Virtue..


Divided we'll fall, united we stand,

Unity bears the fruit of unification,

Triple ICE is ever our mission,

Excellence in all we do is our vision,


We are the torchbearers for the Ummah,

Guided by Quran and Sunnah,

Foundation Centre of IIUM,

The Gate of Garden Knowledge and Virtue..



We are the torchbearers for the Ummah,

Guided by Quran and Sunnah,

Foundation Centre of IIUM,

The Gate of Garden Knowledge and Virtue..

Mula2 Masuk CFS...

Dah ramai orang dok pos bermacam2 bende kat facebook mengenai CFS IIUM... dengan study plan, bermacam2 bende, termasuk lah EPT, APT dan bermacam bende lain lagi...

Senior2 sumer baik2 nk tolong bagi informasi kat budak-budak yg cemerlang yg telah mendapat tawaran untuk belajar kat sini...

List2 senior yg baek2...(malas bagi banyak2... bagi 2 orang sudeh...)


1. Ahmad Kamil
             Facebook Profile
             Blog

Dari kiri... Afiq, Ameer, Sir Izdihar(lecturer physics paling stylo),
Usamah, dan Zuhdi....

2. Ameer Al-Hakeem
             Facebook Profile

sbb ramai lagi senior yg baik2 jdi aq malas nk sebuut... kalo sebut penuh entry nih sje dgn name diorang tuh...

Aq malas nak bagi informasi sbb diorang dh bagi informasi kat facebook group cukup banyak...

Aq nk citer pasal pengalaman aq mula2 aq masuk CFS dlu.. Aq cerita berdasarkan situasi..(malas nk tulis panjang2 x der idea..) Situasi yang bakal aq pamerkan di bawah tiada kena mengena dgn kronologi masa....

Situasi 1 (EPT + APT)

Sebelum ~ dok ingat senior dok citer susah la sangat... jdi aq pun cuak ar... seminggu sebelum masuk UIA aq dh study awal2...Soalan trial pun susah gila... pas tuh Arabic Placement Test (APT), dah aq tak paham sangat arab, sebab last skali aq belajar arab time aq Form 3...

Senior do psyko kte susah nk dpt exempted dalam EPT... Aq pun mula risau...

Selepas~ laa... senang rupanya soalan EPT nih. Tak sangka betul. Soalan APT yg susah sangat nak jawab memandangkan soalan bahasa arab tahap tertinggi (la kot)...ramai jer yg tak jawab soalan... Lpas 15 minit start exam ramai2 keluar sebab tak faham langsung benda yg di tulis dalam exam paper. Tapi jangan risau...sebab nanti boleh belajar bahasa arab dengan Ustaz2 UIA yang best lagi sempoi macam Ustaz Wan Sohor Bani Leman...First time dia masuk kelas kteorang, tulah pengalaman yg tak dapat nak dilupakan. Sekali dia masuk kelas member aq sambil pakai helmet... perrgh stylo...

Kemudian ~ Alhamdulillah sebab EPT aq dapat EXIT @ EXEMPTED, dan APT aq dpt Level 2... walaupun aq tak isi sangat kertas peperiksaan tuh...



Situasi 2 (Kondisi Asrama)


Sebelum ~ Mula2 aq ingat asrama duduk sebilik 4 orang. Mula2 masuk UIA nampak bangunan asrama aka Mahallah tersergam indah...

Selepas ~ Selepas itu, aq masuk bilik aq selepas pendaftaran, aq mengalami sedikit kejutan budaya... RUPA2 nya aq terpaksa berkongsi bilik dgn 9 lagi sahabat aq tambahan kondisi bilik yg agak lama...

Kemudian ~ Aq bersyukur, sbb dikurniakan room mate yg terbaek didunia... Bila seorang ditimpa masalah, semua saling membantu. Yang paling tak boleh bla ialah ktaorang dah rapat pada hari pertama kita orang berjumpa.. Antara roomate aq yg baik ialah blogger kunyit dan peep....


Situasi 3 (Elaun) (situasi ni x berlaku kat aq haha...)


Sebelum ~ Teruja gila dapat pegang duit sendiri. RM1K pulak tuh... Kemudian merancang macam mane nk spend duit dgn cara berhemah.. Makanan kat sini murah, so x der masalah lah di situ, nk berjimat pun senang...(kononnya...)


Selepas ~Duit habes banyak sbb selalu kuar gi outing kat KL, Midvalley, Time Square, dsb.


Kemudian ~Duit untuk satu sem abes habis sebelum masanya... terpaksa minta bantuan FAMA (father and mother) sbb duit nk makan takder...


Situasi 4 (1 year Programme)


Sebelum ~ Alhamdulillah aq dapat 1 year programme untuk Asasi Kejuruteraan dan Komputer Sains... waktu nih aq teruja gila sbb tak ramai yg dpt 1 year...

Selepas ~ Susah gila nak jaga pointer, kalau korang nk target scholarship, aq cadangkan extend kpd 1 1/2 year.. Jadual padat pagi sampai petang... Tension sangat(X4)..

Kemudian ~ Tak tau lagi... harap2 aq dapat maintain pointer aq semester ni... lusa final exam untuk Calculus... Tolong doakan aq supaya dapat A tau.... Amiin...



Semua situasi di atas berlaku kat aq KECUALI situasi 3...

Aper2 pun aq doakan yg terbaik untuk korang semua sama ada yg muda maupun yg tua...

8 May 2011

Majlis Syahadat beramai2 oleh penganut Kristian di Irian Jaya

Minta maaf buat rakan2 beragama lain... ini bukan nak sentuh isu sensitiviti agama ... skali lagi minta maaf..


Video nih aq jumpa kat facebook.... semoga mendapat iktibar darinya..

Kita sebagai umat islam harus berusaha untuk memperbaharui diri kita. Semoga kita semua mendapat hidayah yang berterusan drpd Allah S.W.T...

Satu bende jer aq nak ckap... semua bende nih takde kaitan ngan nk promote aper2produk....

Semoga antum sumer dpt hidayah berterusan dari Allah...





Video Description...


Majlis bersyahadah disempurnakan oleh Ust Fazlan HPA di kepulauan Nuar (Irian Jaya / Papua New Guiney). 


Selepas menerima Islam semuanya berubah. HPA menyumbangkan sebuah bot untuk digunakan dalam misi dakwah oleh Ust Fazlan dan turut juga menyumbang tidak kurang dari 30 kubah masjid.


 Semua ini adalah hasil sumbangan semua warga HPA melalui dana hasil penggunaan produk dan pengembangan perniagaan. 


Seperti ucapan Tn Hj Ismail, tuntutlah pahala tuan2 di akhirat kelak. Ustaz Fazlan telah mengislamkan penduduk di sana tidak kurang dari 7 ribu orang dan kini jumlahnya bertambah sehingga 2 juta daripada 3.5 juta penduduk di sana.


 Kita sdg menyaksikan manusia berbondong2 memeluk Islam maka bertasbihlah kamu dgn tasbih yang banyak..




6 May 2011

Percaya @ Tidak...Komputer bersaiz Thumbrive...


 David Braben, UK game developer telah mencipta satu produk yg sangat  AWESOME!! Iaitu sebuah komputer kecil yg saiznya hampir sama dgn saiz thumbdrive ataupun USB stick, yg mungkin berharga $25 atau RM 75.00 dan akan dihantar bersama sistem operasi Ubuntu...(kan aku dh cakap Ubuntu kan memang awesome...)

Kalo tak percaya; tengok gambar kat bawah nih...

USB computer Ubuntu
(USB Computer ini menggunakan OS Ubuntu 9.04)

Yang paling menarik sekali, komputer USB ini akan di gunakan untuk mengajar programming untuk kanak2 dan akan diedarkan oleh persatuan kebajikan baru di UK yg di gelar "Raspberry Pi Foundation" dalam jangka masa 12 bulan yg akan datang.

Ini sifat orang putih yg patut dipuji...reka teknologi baru untuk kebajikan...tak macam orang kita yg pentingkan diri sahaja...
25 dollars PC


Komputer USB ini mempunyai satu HDMI dan satu USB port.. Selepas itu ,korang boleh la pasangkan sistem ini ke HD TV korang, dan pasang keyboard dan mouse.. Kemudian sistem itu akan jadi lengkap...(Selepas boleh guna keyboard la... kalo tidak camner nk kawal....)

Yang pastinya sistem ini tak begitu murah kalo korang beli perkakas komputer seperti keyboard, mouse dan monitor. Tetapi skrang, monitor murah senang utk didapati...terutama sekali monitor secondhand ...

Spesifikasi sistem:
  • 700MHz ARM11
  • 128MB of SDRAM
  • OpenGL ES 2.0
  • 1080p30 H.264 high-profile decode
  • Composite and HDMI video output
  • USB 2.0
  • SD/MMC/SDIO memory card slot
  • General-purpose I/O

Untuk maklumat lebih lanjut; lihat dan hayati dgn sepenuh jiwa raga: