25 May 2011

Penat yang 'enjoyABLE'

Dah lama aq tak rse penat cam nih....



Rupa2nya menjadi sebahagian daripada tenaga kerja ta'aruf program nih agak memenatkan tetapi sangat menyeronokkan, dapat pengalaman baru dan rakan baru yang agak sporting....(contoh : kunyit)

Alhamdulillah, orang atasan amat sporting terutama PM, bro. Syahmi aka Kuntum, Head Preparation & Technical Committee,bro. Jabir.

Penat dari segi mental, dan hari yang bakal menyusul (mungkin) amat memerlukan kudrat fizikal...Tapi, kita dapat meng'hipnosis' diri kita dgn menetapkan pemikiran kita bahawa 'WE LOVE OUR JOB", bak kata bro Syahmi dan melakukan kerja kita dgn cara yg lebih menggembirakan untuk mengurangkan tekanan kerja seperti bro. Jabir cuba terapkan. Konsep yang sama boleh diaplikasikan pada pembelajaran...



TAPI....


Kalau dari awal kita telah menetapkan bahawa sesuatu didalam minda kita atau 'mindsetting' kita bahawa sesuatu benda itu susah, maka benda atau perkara tersebut akan menjadi berganda2 susah. Contoh, kalau kita telah menetapkan 'mindset' kita bahawa Add Math atau Calculus itu susah, kita akan jadi demotivated... Sememangnya Calculus itu susah, tidak dinafikan, tetapi kalau kita sering memberitahu diri kita bahawa ianya senang, lama-kelamaan, ianya akan jadi senang. Senang disini bukan soalan exam tetiba jadi senang sebab positive thinking akan mendorong kita untuk membuat latihan calculus dgan lebih banyak... Latihan yang banyak akan memudahkan kita untuk menjawab exam...Maka~nya...soalan exam akan jadi lebih mudah untuk dijawab..



Jadi, jangan 'set your mind with negative thinking' sebab hasil sesuatu pekerjaan atau perkara berhasil bermula daripada pemikiran kita, diikuti dengan perlaksanaan..... Berwasapada itu tidak mengapa, jangan jadi terlalu over-confident...

Ni kali kedua aku merasa agak penat 'mentally'... kali kedua waktu menyiapkan task programming yang terakhir yg menghadapi sedikit masalah teknikal pada masa2 terakhir... (Tiada kaitan ngan gambar...)

Ramai2 makan maggi waktu nak siapkan lab report chemistry 2
agak melecehkan...

P/S : terlupa nak update blog sebab saya malas~

No comments: