maka aq pun tekan lah karangan budak darjah 4.doc
satu benda jer... karangan nih memang lawak...
korang baca dan nilailah sendiri sendiri..
(Kesahihan karangan ini tak dijamin langsung)
rasanya benda nih dah tersebar zaman dahulu-kala, jadi tak hairanlah kalau korang dah familiar ngan karangan ni...
###############################
kARANGAN bUDAK dARJAH 4
Pagi itu
pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu
saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu
keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan
keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya
mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak
menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk
mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128
kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah
lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya.
Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “adoi!”.
Lepas itu emak saya
naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak
saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak
kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda
kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu
terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri
itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati.
Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam
lori dia. Lori itu bertukar menjadi robot transformer. Mereka bergaduh di
udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di
Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri
yang telah bertukar menjadi Ultraman itu. Pemandu feri itu terkejut dan terus
bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri
itu pecah.
Pemandu lori sangat
takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan
tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan
helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” Dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar
helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia
terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu
lori itu di dalam bahasa Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab
emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian
kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang
kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu
mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang
telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia
menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi
yang akan mati.
Di pasar, emak saya
menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga
berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak
saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di
rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat
sebelum saya mati.
No comments:
Post a Comment