13 October 2009

Ilusi atau Realiti


Hidup di dunia
persis pengembara
melalui jalan luka
penuh duri dan bara.

Jangan terpedaya
haruman mewangi penuh tipu daya,
realiti di sangka
tetapi ramai tak menyangka
merupakan ilusi semata-mata.

dan neraka menarik,
jutaan yang kaya
atau miskin dan papa,
yang terpengaruh semata-mata,
dengan benda yang tiada,
kononnya menjamin bahagia.

Destinasi di sana
jauh ribuan batu,
dikhabarkan penuh nikmat,
sedikit sahaja yang dekat
menyangka ianya dongeng,
itulah akibat.

Untuk mencapai destinasi
yang merupakan realiti
yang kedengaran seperti ilusi,
bagi yang mengerti,
bagi yang mengharungi duri,
bagi yang mentaati,
bantuan pasti diberi
oleh Ilahi.

Dengan bantuan Ilahi,
godaan diberi,
termasuk godaan syaitan yang dibenci,
melalui ilusi yang diberi,
untuk memesong realiti,
dapat ditangkisi.

Maka yang melawan ilusi
dapat merasai,
nikmat tak terperi,
tika tiba di destinasi,
Dalam syurga abadi...

~Karya Asli Zx~

ISKOMIK

No comments: